HellO




Tudiaaaa berhabuk gila blog ni. Dah hampir seminggu setengah aku tak online. Tak online sebab aku menduduki exam akhir tahun. Lepas last exam hari khamis, aku tak balik rumah tapi terus pegi JohorBahru, sebab hari jumaat abang aku dah nak ambil jubah convo dya hari sabtu pulak baru grand convo. Aku dengan kakyuz tak bole itot sebab pas masuk ada dua ja. So umi dan abah je la yang pi. 

Hari last exam tu pulak, aku dengan Nabila pegi gedik duduk dalam hujan. Basah lecun habes. Time tu plak guard kasi keluar awal, tak silap pukul 6.10 petang pagar besar dah bukak. Aku, Nabila dengan Tia jalan tergedek gedek keluar dari pagar. Yang Nab tak abes abes percikkan air guna kasut dya. Eeeehhh, budak ni. Aku tampar ti kang. Haiyaaa, time masuk kereta kene bleter dengan umi, tapi abah relex ja. 

Dah mula semak notifications dekat facebook, tumblr dengan twitter. Kene lah tekan satu persatu. Bila dah online balik, rasa macam tak biasa plak online. Tunggu lappy loading pon macam hare, macam biasa 3 minute loadingnya. Mai bukak twitter follower request yang menunggu. Sorry tau lambat approve  :D

Selama cuti seminggu sempena Deepavali, keje aku di rumah macam biasa. Bangun pukul 9 malam tido pukul 2 pagi. Sebelum terlambat aku nak wishh kat kawan aku yang berbangsa India, Happy Deepavali. Kawan aku yang Diviya tu mesti pakai sari blink blink mia.

Ok lah nak sambung chat dengan faiz kambing nuh. Byeee :)